- Laman web Kadet Bomba Dan
Penyelamat (MALAYSIA) ini adalah sebuah laman web yang di khaskan untuk
semua ahli Kadet Bomba Dan penyelamat (MALAYSIA) sekolah-sekolah seluruh
Malaysia dan juga Jabatan Bomba Dan Penyelamat (MALAYSIA) seluruh Malaysia.
Laman web ini juga terbuka untuk individu (bukan ahli) untuk dilawat. Dengan
wujudnya laman web ini, semua ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat (MALAYSIA) dapat
berkongsi maklumat-maklumat penting berkaitan dengan Kadet Bomba antara satu
sama lain di samping dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim antara ahli Kadet
Bomba Dan Penyelamat (MALAYSIA) di seluruh Malaysia. Dengan adanya penyertaan
dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat (MALAYSIA) ,ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat
(MALAYSIA) dapat berhubung dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat (MALAYSIA)
berhampiran jika mempunyai sebarang masalah yang berkaitan dengan Kadet Bomba
Dan Penyelamat sekolah anda. Di samping itu, ahli Kadet Bomba Dan Penyelamat
(MALAYSIA) boleh melayari laman web Jabatan Bomba Dan Penyelamat kawasan anda
untuk mengetahui perkara-perkara penting seperti organisasi Jabatan Bomba Dan
penyelamat, Balai Bomba, berita semasa, maklumat tentang aktiviti yang akan
diadakan, tarikh ujian Kadet Bomba dan lain-lain lagi.
|